Pages

Sunday, October 17, 2010

Fasyen Islam yang menggemparkan



Islamic Fashion Festival jika diterjemah kan kepada Bahasa Malaysia membawa maksud Festival Fesyen ke-Islaman. Dapat difahamkan bahawa fesyen-fesyen yang dipertontonkan adalah selaras dengan kehendak Islam dalam berpakaian; iaitu menutup aurat. 

Jika dilihat pada gambar di atas, jelas wanita-wanita yang menjadi model (atau dalam konteks ini contoh pemakai) tidak berpakaian sempurna. Aurat masih terdedah dan ini adalah tidak selaras dengan kehendak Islam. 

Sepatutnya, pereka fesyen lebih peka dan wajib mengetahui batas-batas aurat, terutama aurat wanita. Mungkin kejahilan pereka fesyen tersebut yang membawa kepada kegagalan judul festival ini. 

Penganjur mungkin tidak maklum mengenai kurangnya ilmu Islam pada pereka-pereka fesyen yang terlibat. Maka pengajaran daripada festival ini mesti diambil serius oleh penganjur. 

Kursus mengenai aurat wanita dan lelaki boleh diletakkan sebagai syarat kepada pereka fesyen sebelum mereka mengambil bahagian dalam acara ini. Cara lain yang boleh dilaksanakan adalah dengan mewajibkan semua pereka yang mengambil bahagian merujuk kepada pandai agama (ustaz, ustazah, imam, mufti, dsb) sebelum sesuatu rekaan itu dibuat untuk dipakai oleh model-model dan ditayangkan kepada umum.

Kata aku:
ni cadangan peribadi je..nak ikut ikut, xnk ikut sudah...jangan sampai umat Islam sendiri keliru pasal aurat dek kerana festival yang bertaraf antarabangsa ni...ssape nak menjawabnye nanti...

1 comment: