Pages

Sunday, October 17, 2010

Fasyen Islam yang menggemparkan



Islamic Fashion Festival jika diterjemah kan kepada Bahasa Malaysia membawa maksud Festival Fesyen ke-Islaman. Dapat difahamkan bahawa fesyen-fesyen yang dipertontonkan adalah selaras dengan kehendak Islam dalam berpakaian; iaitu menutup aurat. 

Jika dilihat pada gambar di atas, jelas wanita-wanita yang menjadi model (atau dalam konteks ini contoh pemakai) tidak berpakaian sempurna. Aurat masih terdedah dan ini adalah tidak selaras dengan kehendak Islam. 

Sepatutnya, pereka fesyen lebih peka dan wajib mengetahui batas-batas aurat, terutama aurat wanita. Mungkin kejahilan pereka fesyen tersebut yang membawa kepada kegagalan judul festival ini. 

Penganjur mungkin tidak maklum mengenai kurangnya ilmu Islam pada pereka-pereka fesyen yang terlibat. Maka pengajaran daripada festival ini mesti diambil serius oleh penganjur. 

Kursus mengenai aurat wanita dan lelaki boleh diletakkan sebagai syarat kepada pereka fesyen sebelum mereka mengambil bahagian dalam acara ini. Cara lain yang boleh dilaksanakan adalah dengan mewajibkan semua pereka yang mengambil bahagian merujuk kepada pandai agama (ustaz, ustazah, imam, mufti, dsb) sebelum sesuatu rekaan itu dibuat untuk dipakai oleh model-model dan ditayangkan kepada umum.

Kata aku:
ni cadangan peribadi je..nak ikut ikut, xnk ikut sudah...jangan sampai umat Islam sendiri keliru pasal aurat dek kerana festival yang bertaraf antarabangsa ni...ssape nak menjawabnye nanti...

Tuesday, August 24, 2010

Lelaki pendek umur?

"Rasa hati ini telah lama ku simpan. hendak diluahkan takut-takut kene reject. Tak diluahkan takut-takut langsung tak dapat. Kata orang tua-tua "biar putih tulang, jangan putih mata". Bukan aku hendak menghunus senjata, tetapi sekadar meluah rasa. "

Tu la kate-kate orang yang tengah hangat dilamun cinta. Dari segi sosial dan psikologi, memang baik kalau kite luahkan perasaan. Banyak kajian yang dibuat tidak menunjukkan hasil yang baik bagi orang yang kuat memendam rasa malah, boleh mendatangkan pelbagai penyakit. Biasenye lelaki la yang macam ni, kontrol macho la kate hatinye. Haha! Tu la antara sebab kenape perempuan mempunyai purata umur yang lebih tinggi berbanding lelaki. So, luahkan isi hati anda.

Macam mane pulak dari sudut pandangan Islam? Boleh ke kita luahkan perasaan cinta pada perempuan bukan mahram ni? Jom layan ceramah Ustaz Azhar ni...

Monday, August 23, 2010

CINTA




cinta itu fitrah yang mulia,
 jgn sekali dihina dengan dosa
cinta itu suci asalnya
 jangan dikotorkan ia dengan dusta
cinta adalah tidak ternilai,
jangan dijual dengan harta benda,
mencari cinta bukan bermakna mencari dunia,
kerana dunia bisa binasa
tetapi tidak cinta
peliharalah cinta,
kerana cinta memberi harapan. 
tanpa cinta tiada udara. 
tanpa cinta sepilah dunia. 
dan tanpa cinta kita miskin durjana.

mata aku: bercinta itu baik, bila bergurau senda jangan berdua, tunggu hingga aku terima nikahnya. :)